Fungsi Bahagian Merancang, membangun dan menyelaras pembangunan aplikasi Kerajaan Negeri Sabah Merancang, membangun dan menyenggara aplikasi Kerajaan Negeri Sabah. Merancang dan membangun proses integrasi sistem dan data antara aplikasi yang ada kebergantungan. Mewujudkan dasar, piawaian dan kawalan kualiti berkaitan pembangunan sistem aplikasi untuk Kerajaan Negeri Sabah. Memantau perlaksanaan dan penggunaan aplikasi Kerajaan Negeri serta memberi laporan di peringkat negeri. Memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan aplikasi kepada agensi Kerajaan Negeri Sabah. Menyediakan garis panduan yang bersesuaian bagi tujuan rujukan pembangunan aplikasi.