Dari Pengkomputeran ke Era Digital & Inovasi
Menelusuri perjalanan pembangunan perkhidmatan teknologi Kerajaan Negeri Sabah sejak 1969 sehingga terbentuknya Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah.
Lebih Lima Dekad Transformasi
Daripada penggunaan awal komputer dan pemprosesan data kepada pembangunan perkhidmatan digital dan inovasi, Jabatan terus berkembang seiring dengan perubahan teknologi serta keperluan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.
Idea Penggunaan Komputer
Idea untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan awam negeri diutarakan oleh Datuk Gordon Westall Meggit, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). JTU menjadi Agensi Kerajaan Negeri pertama menggunakan kemudahan komputer yang ketika itu berpusat di Singapura.
Biro Perkhidmatan Komputer
Pada awal tahun 1973, Biro Perkhidmatan Komputer telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan aktiviti pengkomputeran bagi pihak Kerajaan Negeri.
Penubuhan Unit Perkhidmatan Komputer
Unit Perkhidmatan Komputer (UPK) ditubuhkan
di bawah Kementerian Kewangan Negeri pada
penghujung 1975 bagi mengambil alih aktiviti
pemprosesan data Kerajaan Negeri Sabah.
Penubuhan UPK diisytiharkan secara rasmi
pada 1 Julai 1976 dengan
jumlah kakitangan seramai 50 orang.
Bermulanya Operasi UPK
Unit Perkhidmatan Komputer mula beroperasi pada 1 Januari 1977. Dua pusat komputer diwujudkan di bawah kawalan UPK iaitu di Bangunan Sekretariat, Kota Kinabalu dan Kompleks Perhutanan, Sandakan.
Asas Perkhidmatan Pengkomputeran
Antara perkhidmatan yang menjadi asas kepada pembangunan pengkomputeran Kerajaan Negeri Sabah.
Pemprosesan Data
Konsultasi Pengkomputeran
Pembangunan Perisian Aplikasi
Piawaian Prosedur
Khidmat Nasihat Pengkomputeran
Pengurusan Maklumat
Latihan Komputer
Teknologi di Sebalik Tabir UPK
Rakaman daripada penerbitan rasmi Unit Perkhidmatan Komputer memberikan gambaran tentang teknologi, kakitangan dan operasi pengkomputeran Kerajaan Negeri Sabah pada era tersebut.
Perkhidmatan Pengkomputeran Kerajaan Negeri
Pada era ini, UPK melaksanakan pelbagai perkhidmatan termasuk pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi, pemprosesan dan pemasukan data, khidmat nasihat pengkomputeran, penyelidikan, penilaian sistem serta latihan komputer.
UPK Menjadi JPKN
Nama Unit Perkhidmatan Komputer telah ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) . Jabatan terus memberikan perkhidmatan berkaitan bidang pengkomputeran kepada kementerian, jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.
Perpindahan ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
JPKN berpindah ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 17 April 2017. Pada ketika itu, struktur perkhidmatan merangkumi ibu pejabat di Kota Kinabalu, lapan (8) bahagian ICT, lima (5) cawangan iaitu Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Beaufort serta sebelas (11) KSIT di jabatan dan kementerian.
Dua Milestone Pewartaan
Perubahan kedudukan organisasi pada tahun 2020 diikuti penjenamaan semula Jabatan pada tahun 2026 menandakan fasa penting dalam evolusi JPKN kepada JTDI.
Perpindahan ke Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
Pada 12 November 2020, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah diwartakan di bawah portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah setelah sebelumnya berada di bawah Kementerian Kewangan Sabah.
12 November 2020
Penjenamaan Semula JPKN kepada JTDI
Warta Kerajaan Negeri Sabah bertarikh
23 April 2026
memaklumkan pindaan terhadap pembahagian
portfolio di bawah Menteri Pendidikan,
Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Pindaan tersebut merangkumi penggantian
nama
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
(JPKN)
kepada
Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi
Negeri Sabah (JTDI)
.
No. JKM100-7/7 KLT.3
23 April 2026
Perjalanan Yang Terus Berkembang
Daripada pengkomputeran dan pemprosesan data kepada teknologi digital dan inovasi, perjalanan lebih lima dekad ini menjadi asas kepada peranan JTDI dalam menyokong transformasi serta penyampaian perkhidmatan digital Kerajaan Negeri Sabah.



