PELAN STRATEGIK

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN JTDI 2026-2030

Tarikh: 2026-09-30

Pelan Strategik Pendigitalan JTDI 2026–2030 digubal sebagai panduan hala tuju lima (5) tahun bagi memastikan JTDI kekal relevan dan menjadi Peneraju Kerajaan Digital Sabah Yang Inovatif, Mampan Dan Berdaya Tahan sebagaimana visi jabatan ini. Pelan ini menjajarkan peranan sedia ada JTDI dalam pengurusan infrastruktur ICT kritikal, pusat data dan keselamatan siber dengan tuntutan dan ekspektasi akan datang yang memerlukan kelajuan perkhidmatan, keupayaan integrasi data yang tinggi serta penggunaan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), Analitik Data Raya dan Cloud Computing secara meluas.

Lihat Butiran

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM NEGERI SABAH

(2021-2025)

Terbitan edisi kedua ini merangkumi pelan-pelan strategik edisi pertama yang telah dikemaskini dan diberi nama baru iaitu “PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM NEGERI SABAH”. Pelan strategik ini digubal bertujuan untuk menerangkan hala tuju perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penggunaan ICT bagi tempoh 5 tahun bermula 2021 hingga 2025.

Pelan Strategik JPKN

(2021-2025)

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) berperanan memberikan perkhidmatan dan pembangunan ICT yang merangkumi Perancangan dan Konsultasi ICT, Pembangunan Sistem-Sistem Aplikasi, Perkhidmatan Sokongan Rangkaian ICT, Perkhidmatan Multimedia, Perkhidmatan Pusat Data dan Pengurusan Keselamatan Siber untuk semua Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS).

en_USEnglish
Terokai 50 Tahun JPKN / JTDI →
50 Tahun JPKN 1976–2026