Sejarah Jabatan

Dari Pengkomputeran ke Era Digital & Inovasi

Menelusuri perjalanan pembangunan perkhidmatan teknologi Kerajaan Negeri Sabah sejak 1969 sehingga terbentuknya Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah.

1969
2026

Lebih Lima Dekad Transformasi

Daripada penggunaan awal komputer dan pemprosesan data kepada pembangunan perkhidmatan digital dan inovasi, Jabatan terus berkembang seiring dengan perubahan teknologi serta keperluan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

1969

Idea Penggunaan Komputer

Idea untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan awam negeri diutarakan oleh Datuk Gordon Westall Meggit, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). JTU menjadi Agensi Kerajaan Negeri pertama menggunakan kemudahan komputer yang ketika itu berpusat di Singapura.

1973

Biro Perkhidmatan Komputer

Pada awal tahun 1973, Biro Perkhidmatan Komputer telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan aktiviti pengkomputeran bagi pihak Kerajaan Negeri.

1975–1976

Penubuhan Unit Perkhidmatan Komputer

Unit Perkhidmatan Komputer (UPK) ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Negeri pada penghujung 1975 bagi mengambil alih aktiviti pemprosesan data Kerajaan Negeri Sabah.

Penubuhan UPK diisytiharkan secara rasmi pada 1 Julai 1976 dengan jumlah kakitangan seramai 50 orang.

1977

Bermulanya Operasi UPK

Unit Perkhidmatan Komputer mula beroperasi pada 1 Januari 1977. Dua pusat komputer diwujudkan di bawah kawalan UPK iaitu di Bangunan Sekretariat, Kota Kinabalu dan Kompleks Perhutanan, Sandakan.

ERA UNIT PERKHIDMATAN KOMPUTER

Asas Perkhidmatan Pengkomputeran

Antara perkhidmatan yang menjadi asas kepada pembangunan pengkomputeran Kerajaan Negeri Sabah.

01

Pemprosesan Data

02

Konsultasi Pengkomputeran

03

Pembangunan Perisian Aplikasi

04

Piawaian Prosedur

05

Khidmat Nasihat Pengkomputeran

06

Pengurusan Maklumat

07

Latihan Komputer

Arkib • Julai 1990

Teknologi di Sebalik Tabir UPK

Rakaman daripada penerbitan rasmi Unit Perkhidmatan Komputer memberikan gambaran tentang teknologi, kakitangan dan operasi pengkomputeran Kerajaan Negeri Sabah pada era tersebut.

Suasana di Bilik Operator Memasukkan Data
Arkib UPK 1990 Suasana di Bilik Operator Memasukkan Data
Operator Komputer Sedang Memasang Pita Magnetik
Teknologi Operator Komputer Sedang Memasang Pita Magnetik
Para Juruanalisa Sistem Sedang Membuat Analisis
Pembangunan Sistem Para Juruanalisa Sistem Sedang Membuat Analisis
Bilik Komputer di Ibu Pejabat Kota Kinabalu
Infrastruktur Pengkomputeran Bilik Komputer di Ibu Pejabat Kota Kinabalu
1990 Unit Perkhidmatan Komputer

Perkhidmatan Pengkomputeran Kerajaan Negeri

Pada era ini, UPK melaksanakan pelbagai perkhidmatan termasuk pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi, pemprosesan dan pemasukan data, khidmat nasihat pengkomputeran, penyelidikan, penilaian sistem serta latihan komputer.

1992

UPK Menjadi JPKN

Nama Unit Perkhidmatan Komputer telah ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) . Jabatan terus memberikan perkhidmatan berkaitan bidang pengkomputeran kepada kementerian, jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.

ERA BAHARU 2017

Perpindahan ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

JPKN berpindah ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 17 April 2017. Pada ketika itu, struktur perkhidmatan merangkumi ibu pejabat di Kota Kinabalu, lapan (8) bahagian ICT, lima (5) cawangan iaitu Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Beaufort serta sebelas (11) KSIT di jabatan dan kementerian.

Dua Milestone Pewartaan

Perubahan kedudukan organisasi pada tahun 2020 diikuti penjenamaan semula Jabatan pada tahun 2026 menandakan fasa penting dalam evolusi JPKN kepada JTDI.

Warta Kerajaan Negeri Sabah
2020

Perpindahan ke Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

Pada 12 November 2020, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah diwartakan di bawah portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah setelah sebelumnya berada di bawah Kementerian Kewangan Sabah.

Kementerian Kewangan Sabah → KSTI
Lihat Warta Rasmi ↗
Warta Kerajaan Negeri Sabah
12 November 2020
Warta Kerajaan Negeri Sabah
2026

Penjenamaan Semula JPKN kepada JTDI

Warta Kerajaan Negeri Sabah bertarikh 23 April 2026 memaklumkan pindaan terhadap pembahagian portfolio di bawah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Pindaan tersebut merangkumi penggantian nama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) kepada Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI) .

JPKN → JTDI
Lihat Warta Rasmi ↗
Warta Kerajaan Negeri Sabah Bil. 144
No. JKM100-7/7 KLT.3
23 April 2026
1969 — 2026

Perjalanan Yang Terus Berkembang

Daripada pengkomputeran dan pemprosesan data kepada teknologi digital dan inovasi, perjalanan lebih lima dekad ini menjadi asas kepada peranan JTDI dalam menyokong transformasi serta penyampaian perkhidmatan digital Kerajaan Negeri Sabah.

en_USEnglish
Terokai 50 Tahun JPKN / JTDI →
50 Tahun JPKN 1976–2026